Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN NOMBOR PENDAFTARAN  KHAS KENDERAAN UPM

1.         Pembelian terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2.         Bagi pendaftaran PUTRABid, semua pengguna disarankan menggunakan e-mel jenis Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada sistem PUTRABid. Untuk e-mel korporat, sila pastikan urusetia e-mel anda membenarkan e-mel dari luar dan juga semak capaian spam.

3.         Pembida dibenarkan membida dan membeli lebih dari satu (1) nombor.

4.         Nombor pendaftaran khas kenderaan UPM hanya boleh digunakan untuk daftar kenderaan Malaysia sahaja.

5.         Pendaftaran dan kegunaan nombor plat kenderaan UPM masih tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya, Kementerian Pengangkutan Malaysia.

6.         Semua pembelian hendaklah dilakukan melalui bidaan terbuka di laman rasmi portal bidaan PUTRABid, di alamat berikut: www.putrabid.upm.edu.my 

7.         Semua pembida boleh melakukan pembayaran bidaan melalui Pre- Authorization kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) FPX, atau tunai atas talian (melalui kaunter 7-Eleven dll).

8.         Deposit sebanyak lima puluh peratus (50%) dari jumlah bidaan akan dikenakan bagi setiap bidaan. Bagi pembida yang berjaya, baki bayaran bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Bagi pembida yang gagal menjelaskan baki bayaran, keputusan bidaan akan terbatal dan deposit tidak akan dipulangkan.

9.         Setiap bidaan dijadualkan untuk tamat pada pukul 12.00 PM. Jika terdapat bidaan diletakkan dalam masa 2 minit terakhir sebelum tamat, masa tamat bidaan bagi item tersebut akan dipanjangkan iaitu sebanyak 5 minit masa tambahan. Sekiranya terdapat lagi bidaan dalam setiap 5 minit masa tambahan, maka masa tamat akan terus dipanjangkan lagi selama 5 minit masa tambahan sehingga tiada lagi bidaan dalam masa 2 minit terakhir. Sehubungan itu, ada bidaan yang akan tamat tepat jam 12.00 PM dan mungkin berbeza untuk yang lain. Kesemua keputusan bidaan adalah melalui portal bidaan PUTRABid adalah muktamad dan sebarang rayuan/permohonan perubahan tidak akan dilayan.

10.       Sistem PUTRABid akan mengemaskini data pemenang setelah tempoh bidaan tutup dan pembida berjaya akan dipaparkan di dalam menu Panel Kawalan pembida di ruangan Menu Bidaan Menang.

11.       Arahan pendaftaran bagi pembida yang berjaya.

a.         Pembida perlu menjelaskan baki bayaran sebanyak 50% dari jumlah bidaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

b.         Pembida perlu menghubungi Seksyen Penjanaan Pendapatan Pejabat Bursar, UPM melalui e-mel di putrabid@upm.edu.my atau ditalian 03-97696241/017-6605190 sehari sebelum tarikh pengambilan sijil.

c.         Pendaftaran nombor khas kenderaan UPM tersebut perlu didaftarkan dalam tempoh 12 bulan di JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau JPJ Padang Jawa, Shah Alam, Selangor. Untuk permohonan lanjutan tempoh, boleh hubungi pihak JPJ bagi tujuan tersebut.

d.         Bagi sebarang urusan pindah-milik setelah nombor khas UPM didaftarkan pada kenderaan, pembida perlu   berurusan dengan pihak JPJ.

12.       Untuk urusan penukaran nama hak-milik nombor plat setelah berjaya dalam bidaan, :-

 a.        Pembida hendaklah membuat penukaran nama di dalam sistem putrabida.upm.edu.my, seterusnya klik pada panel kawalan dan bidaan menang, isikan nama dan no kad pengenalan pemilik baru dan klik kemaskini (Penukaran nama hanya dibenarkan sebanyak sekali sahaja)

b.         Penukaran nama perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari setelah pemenang diumumkan. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, sijil akan dicetak atas nama pemenang dan cetakan semula akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.

13.       Resit dan sijil tawaran asal hanya akan dikeluarkan sekali sahaja. Pihak pembida berjaya dinasihatkan menyimpan sijil tawaran rasmi dengan baik dan tidak cuai. Cetakan semula sijil tawaran rasmi hanya boleh dilakukan jika bukti kehilangan yang sahih (cth; laporan polis) dapat dikemukakan dan akan dikenakan caj RM50.

14.       UPM turut menawarkan perkhidmatan pos untuk sijil kemenangan dengan caj perkhidmatan sebanyak RM25. Namun pihak kami tidak akan menanggung sebarang risiko kerosakan atau kehilangan terhadap sijil berkenaan.

15.       Pemenang boleh menghantar wakil untuk mengambil sijil kemenangan dan perlu mengemukakan surat wakil beserta salinan kad pengenalan pemenang.

16.       Kesemua keputusan bidaan adalah melalui portal bidaan PUTRABid. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. UPM mengamalkan polisi tiada hadiah dan berharap semua pihak menghormati proses penjualan plat kenderaan khas ini.